Saturday, January 11, 2014

KENANGAN TERINDAH....

Memori antara kita dulu...masih segar di benak ini...jika bisa ku putar kembali pasti aku mahu mengulanginya....walau seribu badai menduga namun kita masih tetap utuh menganyam helaian rindu itu....

Mengenalimu adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya...
Menyanyangimu membuatku bersemangat meneruskan hayat ini...
Mengasihimu seumpama pelangi indah mewarnai hari-hari ku....
Mencintaimu memerlukan ketabahan kerana darjat kita berbeza...


Terima kasih kerana mengenalimu memberikan aku sebuah KENANGAN TERINDAH....


rama-rama putih ...

226475.....

DEFINISI SUASANA DAN AKU...

Deru...angin membawa sejuta rasa.....antara celaru jiwa ini....Aku masih di sini ...menatap pantai yang sama...merenung apakah masa depanku masih jauh atau sejengkal sahaja ,jaraknya...

Suasana itu masih setia membawa perkhabaran,sesetia..ombak memukul pantai yang sama..desiran itu masih lagi bernyanyi...mendendangkan lagu yang belum ada bait-bait katanya...

Hati berlari mencari di manakah nyanyian itu berlagu...namun hampa .....kemanakah menghilang ? letih akal memikirkan.....Aku yang kian di mamah sepi ini...merasa bimbang andainya ....perkhabaran itu hadir tika aku sudah pergi jauh..........

Wahai pantai...berikanlah tanda yang aku sentiasa menantinya....
Wahai angin...bisikkanlah yang aku selalu menyanyikan lagu tanpa bait-bait kata...
Wahai ombak...menghempaslah ...menandakan gelora hati ku.....

Seandainya aku tidak lagi mengunjungi..pantai ini....khabarkanlah yang aku selalu menanti nya......
Sesetia alam dan putarannya..................


Rama-rama putih .....terbang lagi......

11/1/14 8.55pm